Friday, July 6, 2012

Takut itu BUKAN Halangan

Assalamualaikum sekalian kawan2 saya yang beragama Islam & salam sejahtera kepada kawan2 saya yang non-muslim..

Entry kali ini saya nak tulis pasal seorang insan yang cekal mengharungi liku-liku hidup dan tak pernah putus asa walau apa jua halangan sekalipun.Insan itu bernama Muhammad Zhariff Affandi. Sebelum ini, saya tak pernah tahu pun pasal beliau. tapi lepas saya tengok 9soalan tadi di tv9,baru saya kenal siapa beliau.

Zhariff bersama ibunya, Mariatul Akmar.

He give us inspiration. Beliau insan yang cukup istimewa bagi saya kerana beliau mempunyai semangat juang yang tinggi, berdikari dan melakukan pelbagai inisiatif kemasyarakatan dengan pergerakan yang banyak bergantung kepada kakinya.

Semangat kentalnya untuk berdikari terbukti apabila memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri iaitu The Zhariff Initiative Sdn Bhd (TZI) sejak tahun 2005 dengan sokongan keluarga yang menawarkan perkhidmatan perkongsian (The Giving a Hamd with a Foot) bagi meggalakkan orang ramai memanfaatkan sepenuhnya kemampuan diri serta menjalani hidup lebih bermakna.


Beliau juga mempunyai akaun twitter dan facebook sendiri iaitu : 



Banyak artikel mengenai kebolehan dan semangat juang beliau di dalam media elektronik seperti Berita Harian, Kosmo dan internet. 

Antaranya ialah : 


Saya sungguh kagum dengannya kerana walau beliau kekurangan di mata manusia tetapi beliau tidak pernah menyerah kalah...

Andai ada salah & silap dalam artikel ini, maafkan saya ye.

P/S : NEVER SAY NEVER. NEVER GIVE UP, NEVER SURRENDER.

0 comments:

Post a Comment

~ HERE WE GO ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Template by Best Web Hosting