Monday, November 3, 2014

Cameron Highland : Tanah Rata

Assalamualaikum..

Masha Allah.Dah lama bebebor teman tak hapdet blog ye.mike ade yang tunggu ke Tau yang suka baca blog teman? Mesti tak hade kan? Sodih bebenor :'(.. Nie apahal loghat PERAK keluar ni? Mentang-mentang lah husband orang PERAK kan. hehehe..

Sihat ke? Alhamdulillah..Ok,kali ni nak cerita pengalaman pergi ke Cameron Highland di Tanah Rata. Sepanjang pergi ke sana, sya tak pernah pergi ke Tanah Rata. Selalu lepak dengan family kat Brinchang je. Sesape yang tak tahu Tanah Rata tu kat mana, tanya en.google ya..

Saya ke sana dengan suami & juga family yang lain. Sebenarnya plan nak ke sana 23.10 tapi disebabkan tak ada kekosongan, maka 24.10 baru kami ke sana. My family datang all the way from Kedah. Then, pick up saya & suami di Kuala Kangsar sebab nak menjimatkan minyak serta my dad memang suka anak-anaknya stay dalam 1 kenderaan.. Biasa la.. Ayah mana yang tak sayang anak kan.

Eh..membebel panjang pulak kan..So,kami balik 25.10.14..kejap je kan..huhu =(.. sebab ahad tu adik-adik sekolah.So, just stay 1 hari je..

Ok,back to our apartment. Kami stay di Apartment Heritage di Tanah Rata, Cameron Highland. Apartment ni bersebelahan bangunan dengan Hotel Heritage je. OWner Muslim & mereka mengutamakan penyewa Muslim.. Alhamdulillah,semuanya lengkap..

Ada wasing machine, ada tempat memasak, ada sejadah & arah qiblat. Senang nak solat kan..

Sekarang..Layan gambar pulak ye..





Pic yang atas ni masa dalam perjalanan ke sana.. Bosan punya pasal =)

pic yang bawah nie setibanya sampai di apartmen.. Wehooo...

Di hadapan apartmen.




Yang ni.. Master bedroom.. sekali dengan toilet.

Pemandangan luar apartment.. Nice kan..

Ruang Tamu.. ada balcony di luar..

Bilik tengah,,Tilam bawah boleh tarik.

Bilik belakang..Cantik..2 single bed.



Yang ni masa lunch. Di kedai yang berdekatan.

 Y
Nie masa dah nak balik keesokan hari. Kami singgah sebentar di Taman Agro Tourism, Cameron Highland.

Makan-makan di Taman Agro Tourism, Cameron Highland.

Ni pulak masa dah nak balik, gambar di luar Taman Agro Tourism, Cameron Highland.

Yang nie pulak..Tempat terakhir kami singgah di Ladang Teh, tempat shooting Ombak Rindu..
Ladang Teh Boh Sungai Palas.

By the way, memang best sangat ke CAmeron Highland. Sejuk,tenang..

If ada sesiapa nak ke sana & nak cuba Apartment Heritage, boleh contact no ni :
019-3133756 ( Lin)
- Bagitau la pada owner tu nanti dapat no daripada mana =) -

Sekian.. See u AGAIN

XoXo ;)

Friday, July 11, 2014

Untukmu Gaza/Palestin

Assalamualaikum..


Salam 13 Ramadhan 1435H bersamaan 11 Julai 2014.Sahabat-sahabat yang tengah membaca nie sihat? Mudah-mudahan sihat la ye. Thanks for reading my blog, blog yang serba kekurangan nie. dah lama tak update.Kenapa ntah rasa malas..Adoiii..mahap la ye.

Umum dan seantero dunia tahu bahawa Israel (tak wujud pun nama negara ni sebenarnya) ataupun Yahudi Laknatullah sedang ggiat membedil Gaza/Palestin..Yahudi memang amat membenci umat-umat Islam lagi-lagi yang dari kecilnya dah menghafaz 30 juzuk Al-Quran.. Mashaa Allah.. Kerdilnya diri ini di sisi Nya..


Kebanyakan kanak-kanak di Gaza/Palestin sudah menghafaz 30 Juzuk Al-Quran.Beruntungnya mereka..
Tetapi orang-orang Yahudi tidak senang duduk kerana mereka tahu dengan  mengamalkan ayat-ayat Al-Quran, Islam pasti akan menang.

Ramai kanak-kanak,warga tua, wanita dibunuh tanpa belas kasihan.Ada setengahnya meninggal dunia kerana di bom atau ditembak dan ada sesetengahnya pula cedera parah. Kita di Malaysia, masih aman. tetapi mereka? Allahuakbar..Mereka juga saudara kita..


Jom sahabat-sahabat..Kita sama-sama membantu saudara-saudara kita dengan berdoa, menyumbangkan wang ringgit atau pakaian kepada mereka.Ya,benar.Kita tiada senjata.Tapi senjata umat Islam adalah DOA. 

Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana orang beriman mempunyai kesempatan begitu luas untuk berdoa kepada Allah subhaanahu wa ta’aala. Dan waktu-waktu mustajab (saat doa berpeluang besar dikabulkan Allah) tersebar dalam beberapa momen khusus sepanjang Ramadhan.
ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
“Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) imam yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.” (HR Tirmidzi 3522)
Berdoalah untuk mereka setiap masa, bukan bermusim..

Boikot Mcdonalds, boikot segala produk-produk keluaran Israel.They killed our sisters and friends..!

PRODUK-PRODUK ISRAEL

PRODUK-PRODUK ISRAEL




BOIKOT BUKAN BERMUSIM.BOIKOT TERUS...

:'(..

Sama-sama kita menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Gaza/Palestin dengan :

1- BERDOA 



2- BOIKOT...

3- Menyumbangkan wang/ pakaian/ melalui sms :

SMS
caranya : taip PALESTIN <1/3/5/10> hantar ke 39111

ATAU
 Autodebit Bulanan



Mudah-mudahan segala amalan kita diterima olehNya...

Spread the LOVE among us...





Friday, July 4, 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Assalamualaikum..

Salam Jumaat dan Salam 6 Ramadhan 1435H

Saya pernah survey barang-barang keperluan online Malaysia di Nile.com.my yang menjual  baju muslimah , pakaian , kasut , beg , barang2 gym , buku , kelengkapan rumah/dapur dan sebagainya,semuanya dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Masha Allah. Cuma saya belum berkesempatan untuk beli sebab saya kan suri rumah sepenuh masa.Niat di hati berkenan nak beli tapi beli, pikir 2,3 kali macamana nak mintak daripada suami. Rambang mata tengok barang-barang tu =)..

 FREE DELIVERY..beznya..
Klik gambar untuk FREE DELIVERY ;)

Korang mesti suka kan FREE DELIVERY? So,if korang nak dapatkan barang-barang di Nile.com.my dengan FREE DELIVERY, nak klik di gambar pun boleh,klik SINI pun boleh..

Andai saya diberi peluang mendapat RM300 daripada Nile.com.my, saya akan gunakan wang itu untuk membantu suami saya membeli barang-barang keperluan untuk menyambut hari raya nanti dan selebihnya,saya akan simpan sedikit untuk dijadikan simpanan saya apabila di saat saya memerlukannya .. In shaa Allah =)..

Moga dipermudahkan olehNya.. In shaa Allah...

p/s : pemenang akan diundi menggunakan random.org

Saturday, April 19, 2014

RESIPI : Spageti Bolognese

Assalamualaikum..

U olls sihat ke?Lama rasenya tak update blog..Tiap kali teringat nak update, tak buat jugak.. Kali nie, betul-betul update.. Nah, u olls baca..hehehe..sedangkan resipi je pun.. Apa pun tak boleh.. bhahaha..

Kali nie, teringin nak share resipi dengan korang..Teringin nak makan punya pasal kan..Lagipun dah lama tak buat kat rumah.. Cuma kali nie istimewa sikit..nak tau kenapa? Baca la sampai habis ;)...

Spaghetti Bolognese
by : Rabi'atul'adawiyah
     : hanarasatsuki.blogspot.com


Bahan-bahan
  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (tapi saya letak cendawan biasa sebab takde cendawan butang)
  • lada hitam - tumbuk separuh hancur
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 1 batang cili merah
  • sos cili & sos tomato - 2 sudu besar
  •  lada benggala 
  • serbuk cili  ( nak guna cili kisar pun boleh)
Cara-cara

A - MEREBUS SPAGETI

~ Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam & sedikit minyak. 
~ Bila air mendidih baru masukkan spaghetti.  
~ Biarkan dalam 5-8 minit. 
~ Kacau sekali-sekala agar pasta tak melekat. 
~ Bila spageti dah lembut, angkat & toskan.
 
B -  SOS BOLOGNESE

~ Panaskan minyak masak,masukkan masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. 

~ Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan. (sebenarnya, saya terharu sebab ibu mertua yang tolong cincangkan daging nie.Thanks mama..=')

~ Masukkan serbuk cili, sos tomato dan sos cili ( supaya ada sedikit rasa pedas). Kacau biar sebati.
 
~ Kemudian,masukkan tomato puri . Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.

~ Kemudian, bila dah masak baru masukkan semua sayuran dan lada hitam, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

~ Masukkan garam dan gula secukup rasa. (mengikut pada selera anda.Dah cukup ras masin & manis, tak payah tambah garam dan gula ye..)

~ Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Hasilnya... 


Tadaa...hehehe..

Cubalah.. Senang je ;)..

Alhamdulillah....

Saturday, January 11, 2014

MEMORABLE 2013

Assalamualaikum..

Dear friends ;)..How r u? Me? Alhamdulillah, Allah masih beri peluang diri ini untuk bertaubat dan bernafas di bumi Nya..Alhamdulillah..

Lama dah tak updated di blog nie kan..Well..Sejak married nie, tak banyak masa nak menghadap pc..Just sempat on9 FB, updated status, tengok news feed..Bila dah bosan, log out & buat kerja2 rumah..That's all..BTW, i'm happy..

I'm happy coz dikurniakan seorang suami yang penyayang..Walau dia marah macamana pun n saya diam, last2 dia pujuk saya..Soo sweet ;)..Ok2..Korang bukan nak dengar cerita pasal tu ok..hahaha..
Sepanjang 2013, too many things happened in my life..Ada suka,ada suka..Biasa la tu kan..Asam garam kehidupan..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Kita merancang,Allah yang menentukan.. Dia sebaik-baik perancang...
From  Sept 2012 - Apr 2013, I've became a teacher di Kuala Lumpur..Actually i love kids so much.. Well,tu semua orang tau..hehehe..Ilove them coz they can make me happy although masa tu tengah marah tapi cover je nak ketawa kan...Hahaha..

This is 4years student..Manja sangat..Geram ;)

 This is my students,5 years old..
(Now,became my ex-students..huhuhu)

Tiap hari,nak ke tadika rasa happy coz tak sabar nak jumpa diorang la.. But end of April 2013, I've to resigned atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...tahan nangis je masa last day..huhuhu.. I miss u, kids..

Then, balik kampung at Kedah..Searching for a job before getting married..Actually, tak banyak peluang pekerjaan di sana..Tapi rezeki di tangan Allah..Kita berusaha,Allah menentukan..

In August 10th 2013 bersamaan 3 Syawal 1434H, I'm officially married to a husband..And now, I'm a wife..Alhamdulillah..Yeay...!!!suka kau ye...

Alhamdulillah..

 After akad nikah..

I hope that saya dapat menjadi isteri yang sentiasa cantik di mata dia, mampu menjaga telinga dia dengan berita gembira, mampu menjaga lidah dia dengan makanan penuh selera, mampu menjaga hati dengan memberikan dia selalu rasa bahagia, malah, mampu menjadi isteri di dunia dan syurga di sana. Amin...



Soon,ada our kids pulak kan..hehe..In shaa Allah.. Allahumma aamiin

Yang baik tu semuanya datang daripada Allah, yang buruk tu datangnya daripada kekhilafan diri saya sendiri..

Syukran kerana sudi membaca ;)..

Love,
Rabi'atul'adawiyah

~ HERE WE GO ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Template by Best Web Hosting