Showing posts with label LOVE. Show all posts
Showing posts with label LOVE. Show all posts

Saturday, January 11, 2014

MEMORABLE 2013

Assalamualaikum..

Dear friends ;)..How r u? Me? Alhamdulillah, Allah masih beri peluang diri ini untuk bertaubat dan bernafas di bumi Nya..Alhamdulillah..

Lama dah tak updated di blog nie kan..Well..Sejak married nie, tak banyak masa nak menghadap pc..Just sempat on9 FB, updated status, tengok news feed..Bila dah bosan, log out & buat kerja2 rumah..That's all..BTW, i'm happy..

I'm happy coz dikurniakan seorang suami yang penyayang..Walau dia marah macamana pun n saya diam, last2 dia pujuk saya..Soo sweet ;)..Ok2..Korang bukan nak dengar cerita pasal tu ok..hahaha..
Sepanjang 2013, too many things happened in my life..Ada suka,ada suka..Biasa la tu kan..Asam garam kehidupan..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Kita merancang,Allah yang menentukan.. Dia sebaik-baik perancang...
From  Sept 2012 - Apr 2013, I've became a teacher di Kuala Lumpur..Actually i love kids so much.. Well,tu semua orang tau..hehehe..Ilove them coz they can make me happy although masa tu tengah marah tapi cover je nak ketawa kan...Hahaha..

This is 4years student..Manja sangat..Geram ;)

 This is my students,5 years old..
(Now,became my ex-students..huhuhu)

Tiap hari,nak ke tadika rasa happy coz tak sabar nak jumpa diorang la.. But end of April 2013, I've to resigned atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...tahan nangis je masa last day..huhuhu.. I miss u, kids..

Then, balik kampung at Kedah..Searching for a job before getting married..Actually, tak banyak peluang pekerjaan di sana..Tapi rezeki di tangan Allah..Kita berusaha,Allah menentukan..

In August 10th 2013 bersamaan 3 Syawal 1434H, I'm officially married to a husband..And now, I'm a wife..Alhamdulillah..Yeay...!!!suka kau ye...

Alhamdulillah..

 After akad nikah..

I hope that saya dapat menjadi isteri yang sentiasa cantik di mata dia, mampu menjaga telinga dia dengan berita gembira, mampu menjaga lidah dia dengan makanan penuh selera, mampu menjaga hati dengan memberikan dia selalu rasa bahagia, malah, mampu menjadi isteri di dunia dan syurga di sana. Amin...



Soon,ada our kids pulak kan..hehe..In shaa Allah.. Allahumma aamiin

Yang baik tu semuanya datang daripada Allah, yang buruk tu datangnya daripada kekhilafan diri saya sendiri..

Syukran kerana sudi membaca ;)..

Love,
Rabi'atul'adawiyah

Thursday, October 31, 2013

WALIMATUL URUS Rabi'atul & Nasir


Assalamualaikum..

Hye semua.. As I promised, nak buat entry pasal my wedding.. Kan2? Hehehe.. entry kali ni mungkin agak panjang..Agak la. Hehe.. Harap korang get ready nak baca.. 

Well, on my wedding.. Sy plan nak buat warna hijau macam hijau turqoise tu..Tapi atas pilihan adik yang cukup cantik warnanya dan dia pandai recommend, so I choose kuning biru.. Actually, susah nak cari butik yang ada baju pengantin warna tu.. If nak, kena request and tambah $$$.. Huhuhu

Majlis dibuat depan rumah.

So, survey punya survey sampai ke Kepala Batas nun di sana, I decide to choose butik that near to my house.Takde la dekat sangat pun sebenarnya, it just take time around 5-10 min je nak ke sana.. Hehehe.. After dah decide nak warna tu, kena pulak pikir nak cari bridesmaid on my wedding..Huhu..Its hard to find =(..But luckily my cousin sudi untuk jadi my bridesmaid..huhuhu..Thanks, sayang ;)..

Then, around pukul 10 pagi, saya& cousin a.k.a pengapit pergi ke butik untuk mekap..saya mintak untuk mekap yang simple tapi cantik..lepas pengantin2 lain yang ada majlis hari tu siap dimekapkan, its my turn..agak neves la..Bukan apa,pikir nak sanding nanti.. hehehe

 This is my beloved family..Thanks a lot for your support..Really appreciate it =')..

Pic kat atas tu diambil before saya sampai..Walau majlis dibuat pada 11.8 iaitu bersamaan dengan raya ke-4 tapi ramai yang datang.. Thanks you olls ;)..

This is niece, anak kaklong.

Around pukul 1 pm, saya dah siap dimekapkan n terus g rest house yang kezen sewa..Tumpang stay situ jap, taknak balik umah dulu coz nanti if tetamu dah nampak, tak surprise pulak kan..hehe.. Dalam pukul 1.30 lepas tu, kol suami n tanya dia di mana sebab parents dah kol tanya bila nak datang.. Suami kata family n dia nak solat dulu supaya nanti tak kelam-kabut..

Then, pukul 1.50pm (dah agak lewat masa tu sebenarnya), suami bagitau dia dah sampai around my house..Then, kami pun bertolak ke rumah coz jarak antara rest house n rumah dalam 2 min je =).. Bila nampak je rombongan lelaki dah sampai, rasa tak sabar pulak nak pergi salam suami..

 Mana 1 kakak, mana 1 adik? hehe ;)

Well,time ni tak sabar nak jumpa suami coz masa mekap lain-lain..If suami awal-awal nampak saya mekap, tak surprise la kan..hehehe..

Design baju nie sebenarnya kainnya meleret ke tanah..So, if nak jalan kena pegang kain belakang tu supaya tak kotor n terkoyak..But i love the design coz ada beads kecik2 tu warna biru turqoise =)..

Bergambar dulu before berarak...Say ''CHEESE'' =D..

Nothing much to say...Tak pe..Korang layan gambar k ;)..

Maaf lambat updated...




Letak pic nie sebab warna cantik =)


suka pic nie..



This is our bilik..nice..isn't it?;)

 THEY are my schoolmate..THANKS for coming.. <3 u all..

His friends..

 His Parents..

;)

 My Father's relatives..

&

Last but NOT least..


CREDIT to : Anakseni Photography

Thanks to pada yang sudi hadir ke majlis ni..

Pic ni hanya sekadar perkongsian,bukan untuk tujuan riak...

 Ada 3 perkara yang Rasulullah s.a.w melarang dilambatkan;
1.Mengerjakan solat
2.Mengebumikan jenazah
3.Mengahwinkan anak perempuan apabila sudah dipinang oleh lelaki yang sekufu

~Tazkirah Tanyalah Ustaz (TV9)~






Thursday, October 17, 2013

DOA Seorang Isteri

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Ya Allah..

Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,Kau berikanlah aku kekuatan mental,Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..


Ya Allah..

Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..

Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu.Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,Sekiranya aku ingkar dan derhaka,Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..

Ya Allah..

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,Aku buta tanpa bimbingan Mu,Aku cacat tanpa hidayah Mu,Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah..

Kuatkan hati dan semangatku,Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..

Hanya pada Mu, Ya Allah..Ku pohon segala harapan,Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,Kerana aku sedar hinanya aku,Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..

Ya Allah Tuhanku..

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,Isteri yang solehah,Isteri yang sentiasa dihati suamiku..

Aamiin, Ya Rabbi Allamin..


P/S : Sy berhutang entry " My Wedding Day "

Saturday, September 21, 2013

Monday, September 9, 2013

SOLEMNiZATION DAY

Assalamualaikum..

How r u guys? Salam Aidilfitri... Esok genap sebulan saya menjadi seorang isteri.. Family, kawan2 selalu tanya.. Best tak kawen? So, saya jawab la, mestilah best.. Seronok... Ada teman tidur, sahabat yang sentiasa di sisi waktu senang atau susah =)..

Kadang-kadang telefon ibu.. 1 hari tu dalam 2 kali jugak la..hikhik..

Ibu : Eh..telefon lagi? Rindu la tu..
Saya : Mana ada.. telefon sebab nak sembang ngan adik =) (sedangkan rindu..hehehe)

Sekarang dah berdua..Ibu jangan risau ye.. Sedih pun ada yang sudi dengar..hehehe.. Kalau sakit pun, ada yang tolong jaga..

Back to the story :

Tunang : setahun selepas persetujuan.. Kami bertunang april 2012..  Jika diikutkan, nak bertunang kejap je.. Ye la kan..Tunang lama-lama ni banyak dugaan.. So, lepas berbincang, kami bersepakat untuk bernikah bulan Ogos 2013..

Oleh itu,
bermulalah menghitung hari.. Macam-macam dugaan yang kami  tempuhi.. Hanya Allah lebih mengetahui.. Bagi seorang B2B, pelbagai persiapan yang harus diambil kira.. Pelamin, baju nikah, baju sanding, tema warna, photographer, dj dan macam2 lagi.. Pening jugak la.. Kalau boleh, taknak susahkan parents. So, banyak persiapan yang saya buat dengan suami..

Tapi, nak dikira..Kebanyakan ibu saya yang prepare semuanya..
Saya hanya tunggu nak jadi pengantin je..hakhak...

Ok,ok...
Penat membaca kisah kan?So, kita tengok gambar pulak ye ;)


Yang nie masa disoal oleh Tok Imam.. Dia tanye samada betul ke nak kawen dengan pujaan hati nie.. Maca2 soalannya tapi saya jawab dengan cool je (padahal dalam hati bergetar je kan)... hahaha

Lepas tu, Ustaz nie tanya pulak dekat suami.. macam2 soalan sampai kita pun dah risau.. Tertanya2 bila nak akad nie..hehehe

Masa nie pulak sangat2 gementar.. Tak sabar tunggu waktunya.. Tu yang masing2 muka stress je.. =)

Yang meng'akad'kan adalah ayah saya..Ada macam Yoo Jae Suk tak? hehehe.. tiba2 rindu pulak kat abah ='(..

Saat diijab kabulkan...

Alhamdulillah ;)



 Sesi sign perjanjian..


oppsss..gambar masih sama walaupun dh di'rotate'.. huhuhu

Mas Kawin =)

Our rings <3..

Yang nie, kawan2 suami...

His parents ;)

both of my parents =D..

Yang nie, kak long with her husband..
Muka kami sama ke?hmm..

These are my family...

My photographer : Azlan Photography 

Last but not least.. Thanks pada semua yang sudi hadi masa nikah hari tu, 10/8/2013 iaitu lepas isya'..
Maaf seandainya ada kekurangan.. mana tau tak dilayan ke masa majlis.. kan2? huhuhu..
I'm happy ;)...
Yang baik itu daripada Allah, yang buruk tu daripada saya sendiri..

P/S : Maaf..entry pendek.. Idea kurang..hehehe

NEXT ENTRY: MY WEDDING DAY

Tuesday, November 13, 2012

Nukilan khas untuk Yang Teristimewa

Assalamualaikum...


Thanks to my followers..Its mean my new friend...yeay...Keep in touch ya =)..Alhamdulillah...

Entry kali ni juz nak update sesuatu yang bagi saya, amat teristimewa..Kata-kata yang tak mampu saya luahkan..

To my dear grandmom’s…

1)  Tok : wlau tok dah lama kmbali kepadaNya since thn 1997, sgala jasa baikmu xkn cucumu nie lupakan. 
                Tok such a great and lovely grandmom. Love u tok.

2) Wan : Wan, u such a great mentor. Wan adalah insan yang sgt tabah membesarkn anak2 nya yang kesemua lelaki bersama suaminya, my atok.. Wlau wan dah xde lg since 2009, I’ll always miss u..=’(

me with my lovely grandparents, atok n wan.. n with my cousins..

To my dear grandpa’s…

1) Tokwan : I’m so happy bcoz u were there since I was born till now. Happy bila tokwan ada skali masa my e-day..no words can say.. tokwan, insane yang stia pd tok.. wlau tok dh lama xde, tokwan msih igt sgala knangan dengan tok.. smua cucu2 tokwan sgt suka dengr bila tokwan crita psal tok. Wlau kini tokwan dh kwen lain tpi igtn tokwan pd tok x pnh pudar.. cinta sjati <3..


Moga Allah memanjangkn umur tokwan untk sama2 ada di hari bersejarahku nanti… InsyaAllah...

 2) Atok : Atok, insan yang tegas dalam hal2 agama.. walau tegas tapi seorg yang penyayang sebenarnya. Walau atok dah xde lg since 15 apr lalu tapi sy sgt brsyukur cz atuk ada mse my 
e-day..happy cz atok sgt happy sblum e-day tu, said my father.. its mean, atuk merestui n atuk sempt menasihati n berbual dengan en.tunang =’).. my fmily n me brsyukur cz dpt jaga atok dengn baik. Alhamdulillah.. Atok…miss u so much….huhuhuhu =’(…


~ moga tok, wan n atuk serta saudara2 ku yang yang lain yang sudah kembali menemui-Nya berada di kalangan orang2 yang soleh..Amin….


MY ONLY PARENTS that I HAVE

1) Ibu : seorg yang peramah, pandai memasak, penyayang.. I adore u mom.. number 1 for me n my siblings after Allah n rasul.. We love u ibu…

Ibu, if u read this, I want to tell u that I love u so much..syg sgt kat ibu.Cuma anakmu ini xdpt smpaikan melalui kata2..hanya melalui perbuatan je dapat anakmu ini tunjukkan. Andai ada salah dan silap anakmu ini pada ibu, tegur n maafkan anakmu ini. Hanya restu yang anakmu ini inginkan kerana di situ terletak syurgaku..

Love u deep in my heart, mother..

2) Abah : tegas, kelakar =), penyayang, pandai melukis… u such a great father, abah.. We love u, abah..
 ----> to my parents, maafkan anakmu ini kerana terlalu banyak buat salah pada ibu n abah.. maafkan segala salahku sejak ku dilahirkan sampai sekarang.. anakmu ini akan berusaha buat ibu n abah bahagia selalu.. InsyaAllah…maaf atas segalanya =’)….




Love both of u so much…

Sunday, July 15, 2012

Ciri Wanita Idaman Lelaki

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :


1. Berpegang Kepada Agama

~ Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

~ Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
~ Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia

~ Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.




6. Tidak Mempamer Keseksian
~ Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
~ Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

~ Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.


9. Sejuk Mata Memandang

~ Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: – Bersopan satun

.:: – Senantiasa memaniskan wajah

.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: – Menutup aurat

.:: – Ramah dan mesra

.:: – Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta.
Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri..

~ insyaAllah ~

p/s : diambil dari penpatah..thanks ;)

~ HERE WE GO ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Template by Best Web Hosting