Showing posts with label SHARE. Show all posts
Showing posts with label SHARE. Show all posts

Saturday, April 19, 2014

RESIPI : Spageti Bolognese

Assalamualaikum..

U olls sihat ke?Lama rasenya tak update blog..Tiap kali teringat nak update, tak buat jugak.. Kali nie, betul-betul update.. Nah, u olls baca..hehehe..sedangkan resipi je pun.. Apa pun tak boleh.. bhahaha..

Kali nie, teringin nak share resipi dengan korang..Teringin nak makan punya pasal kan..Lagipun dah lama tak buat kat rumah.. Cuma kali nie istimewa sikit..nak tau kenapa? Baca la sampai habis ;)...

Spaghetti Bolognese
by : Rabi'atul'adawiyah
     : hanarasatsuki.blogspot.com


Bahan-bahan
  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (tapi saya letak cendawan biasa sebab takde cendawan butang)
  • lada hitam - tumbuk separuh hancur
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 1 batang cili merah
  • sos cili & sos tomato - 2 sudu besar
  •  lada benggala 
  • serbuk cili  ( nak guna cili kisar pun boleh)
Cara-cara

A - MEREBUS SPAGETI

~ Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam & sedikit minyak. 
~ Bila air mendidih baru masukkan spaghetti.  
~ Biarkan dalam 5-8 minit. 
~ Kacau sekali-sekala agar pasta tak melekat. 
~ Bila spageti dah lembut, angkat & toskan.
 
B -  SOS BOLOGNESE

~ Panaskan minyak masak,masukkan masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. 

~ Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan. (sebenarnya, saya terharu sebab ibu mertua yang tolong cincangkan daging nie.Thanks mama..=')

~ Masukkan serbuk cili, sos tomato dan sos cili ( supaya ada sedikit rasa pedas). Kacau biar sebati.
 
~ Kemudian,masukkan tomato puri . Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.

~ Kemudian, bila dah masak baru masukkan semua sayuran dan lada hitam, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

~ Masukkan garam dan gula secukup rasa. (mengikut pada selera anda.Dah cukup ras masin & manis, tak payah tambah garam dan gula ye..)

~ Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Hasilnya... 


Tadaa...hehehe..

Cubalah.. Senang je ;)..

Alhamdulillah....

Tuesday, August 6, 2013

Masih belum terlewat

Assalamualaikum..

Sedih rasanya bila Ramadhan hampir berlalu pergi..huhuhu... Moga diberi peluang olehNya sekali lagi untuk menyambut Ramadhan di tahun akan datang..

Ramadhan Kareem.. Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.. Masya Allah.. Allahuakbar.. Beratnya rasa hati ini untuk lepaskan Ramadhan pergi.. Sayu, pilu..huhuhu..



Terima kasih, Ya Allah.. kerana bagi kesempatan untuk kami berada dalam bulan Ramadhan..


Friday, August 2, 2013

AWET MUDA cara ISLAM

Assalamualaikum..

Salam ukhuwah..Salam malam 25 Ramadhan 1434h.. Hari nie excited nak share sesuatu dengan u guys.. Ye la.. Jarang-jarang update kan..hehehe.. Saya ada terjumpa artikel untuk kita awet muda cara Islam.. Tak perlu keluarkan duit pun. Hanya guna tenaga dan hati..

Man jadda wajada =).. Maksudnya siapa yang berusaha, pasti berjaya.. In sha Allah.. Jom.. kita sama-sama cuba buat, pasti berjaya.. In sha Allah..

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.



Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

  1. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

  2. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

  3. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

  4. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

  5. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan. 

  6. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah. 

  7. Amalkan solat tahajud. 

  8. Sentiasa tenang dan bersikap positif. 

  9. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

  10. Maafkan semua orang sebelum tidur.
~ Sharing is Caring ~

Wednesday, July 24, 2013

Senyumanmu MENAWAN

Assalamualaikum..

My dear friends..amacam puasa? hari ni dah masuk 15 ramadhan.. kejap je masa berlalu.. Subhanallah.. Jangan sia-siakan ramadhan ye =)..


Tips untuk hari ni.. SENYUM... Tak susah kan nak senyum? Tak kena bayar walau sesen pun.. Dapat pahala lagi tau.. TAPI jangan senyum gatal pulak.. NO..NO..hehehe....

Bila kita senyum, kan nampak manis je.. Pada yang berniaga tu, bila ada pelanggan, senyum la walau sikit.. ok?=)....Baru bertambah pelanggan nanti.. in sha Allah..

Comel kan baby nie? Geram pulak tengok.. hehe

PUASA TAU..JANGAN TAK PUASA ;)

Sunday, July 14, 2013

Memanah, Berenang, Berkuda?

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan, friends... U olls sihat? maaf la, lama tak update..hukhuk... Kali ni saya nak share sikit mengapa kita digalakkan berenang, memanah dan berkuda =). 

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]
BERKUDA
Bentuk lekuk badan belakang kuda (tempat di tunggang), baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari (alaa.. yang bunyi kede kut.. ke dekut tu..), menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut. Sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
“Kuda itu ada tiga macam : kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )
BERENANG
comey kan adik ni berenang? ;)
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan suka yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
MEMANAH
Memanah melatih emosi untuk meletakkan ‘target’ pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti sasaran akan mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi. Seorang yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar bukanlah seorang pemanah yang baik. So, tak payah nak emo sangat.

Memanah sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal. Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi. Individu yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.
Sabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)
Selain itu, mungkin juga ada hikmahnya kita dianjurkan belajar berkuda, berenang dan memanah dalam mempersiapkan diri menghadapi peperangan akhir zaman yang kita tidak tahu samada senjata api, kereta kebal, jet pejuang mahupun bom masih boleh berfungsi atau tidak pada ketika itu.
“Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah.”- Louis Lord Mountbatten
Wallahua’lam
Sumber imej: Tq pokcik gugel

Monday, May 13, 2013

Engagement/Solemnization dress for RENT

Assalamualaikum..

Hye..ong time no c lagi kan..beznya tengok kawan-kawan semua dah nikah kan?huhuhu..tak pe... dah jodoh awal kan..Alhamdulillah...Apa yang Allah bagi, kita syukur..

Well,guys..U all know that saya dah bertunang kan? So,saya design sendiri baju tu..Tapi bukan saya yang menjahit tau..I tak pandai sangat menjahit nie..hehehe.. Jahit baju koyak boleh la..hehehe..

Actually,tak plan pun nak buat sendiri baju tunang ni. Tapi bila pikir-pikir balik, coz tunang pun akan jadi sekali je seumur hidup, so I plan to do it..Baju ni ala-ala baju kurung moden cuma beznya kainnya panjang.. Baju ni pun simple sebenanya cuma ditambah manik di bahagian kainnya coz when its done, my tailor said thai kainnya kosong..So dia tunjuk contoh bila ditambah manik pada kain...then, saya pun setuju =)..





Saya akan sewakan pada harga yang berpatutan..anda pasti mampu ;).. I've wore this outfit on my e-day.. U can see my picture on this link : E-day.. Tudung akan diberikan sekali atas permintaan.. 

Haa..this one, pic baju ni yang saya pakai masa tunang hari tu.. 

Details as follows ;) :

Engagement attire : Design like baju kurung moden + beads (kain)
Color : soft yellow
Kain : labuh di belakang (meleret ke tanah)
Saiz : fit between S or M
Height : 156 cm (coz saya 156 cm je)

Untuk veil, saya sewakan juga untuk anyone yang nak sewa veil je. Nak or taknak, terpulang ya..tiada paksaan ;)



if anyone interested untuk sewa. please kindly email it to me : rakz_rabiatul89@ymail.com.. 5 orang penyewa yang betul-betul confirm nak sewa, saya akan bagi sewa FREE veil and tudung. 
It means that sewa baju,tudung, veil harga lain =)..

Please..hanya yang betul-betul confirm je ;)..

~ XOXOD ~










Thursday, December 27, 2012

WORDLESS THURSDAY..

Assalamualaikum..

Dear friends =).. lama saya tak update blog kan. dah berhabuk dah..tiup sikit..fuhh..fuhh..hehehe.. Anda sihat? Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi.. Allah masih beri kesempatan pada kita untuk terus hidup dan meningkatkan amalan.. InsyaAllah...

Apa pun yang terjadi dalam hidup kita, INGAT...Allah sentiasa ada di sisi kita.. Dia tempat mengadu..


Hanya Dia yang mengetahui segalanya.. Berusaha-berdoa- bertawakal.. InsyaAllah, dipermudahkan segalanya.. 


~ Biar dihina oleh manusia tapi di sisi Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya ~

P/S : To my beloved parents, if u read this.. i just want to say, no words i can say HOW MUCH i LOVE BOTH of U.. You are the best parents that i have.. Maaf untuk segala kekhilafan anakmu ='(..

Sunday, November 18, 2012

Untuk Palestin, Gaza & Semua Kaum Muslimin

Assalamualaikum..

Sedihnya tengok keadaan umat2 Islam di Palestin, Gaza.. MasyaAllah.. Ayuh, sahabat.. Kita sama2 berdoa agar Israel tumpas & Islam akan menang..

ISLAM AGAMA SUCI...

ALLAHUAKBAR.. LAILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH...

ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...


~ Sedihnya ='( ~

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha

Assalamulaikum...

How are you, my friends? long time no c kan?hehehehe..lama rasanya tak update blog ni.biasa la, bz katakan.bz la sangat kan?hahahaha..dah berhabuk rasanya blog ni..huhuhu

Btw, salam aidiladha 1433h to all muslimin n muslimat. how's ur day? everything good rite? alhamdulillah. rindu dah nak update blog tapi tak ada masa yang banyak n internet brodband lambat sangat2. adoi =D.. takpe, sekarang i'm back. u all miss me rite?hahaha..gatal ko ye, jah..hehehehe..

To all my friends, sorry if saya banyak terbuat entry pasal k-pop group.it's SHINee.coz minat sangat kot..hehehehe...SHINee..SHINee..SHINee..

Group k-pop lain tengok2 macam tu je.tapi bila SHINee..i can't take my eyes of u..;)..

Thanks to my followers..to yang follow saya, i'll make sure that i'll follow you back ya n we've become a friends.thanks ;)

Ada video..ape pun, zass.....LAYAN ;)


Go SHINee (^______^)



Thursday, August 9, 2012

Lailatul Qadar

1o akhir Ramadhan adalah merupakan antara malam -malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Ia merupakan malam-malam yang ditunggu oleh seluruh orang mukmin.
Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. 

Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 

2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

p/s : info from al-azim dot com . thanks..

~ Sharing is caring ~


Thursday, July 26, 2012

SEKILAS PANDANG (RAMADHAN)

Niat 

Bersahur

Tuntutan RAMADHAN


Kesilapan yang kerap dilakukan dalam bulan RAMADHAN

Bersederhana lah ketika berbuka

Sunday, July 22, 2012

MARHABAN YA RAMADHAN...

ASSALAMUALAIKUM..


Salam ramadhan 1433h..bersamaan 21/07/2012...Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menyambut ramadhan kareem tahun ini.. moga kita sama2 berpuasa dengan istiqamah & jauhi segala laranganNya.... Mudah-mudahan kita sentiasa berada di jalanNya. InsyaAllah..

Ahlan wa sahlan, marhaban
ahlan wa sahlan ya ramadhan
Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun rahmat & maghfirah
bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
Berlalu sia2 saja.

Ia hadir bagai air bah
membasuh daki dunia.

Sambutlah ramadhan dengan jiwa terbuka
seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan wa sahlan, marhaban
ahlan wa sahlan ya ramadhan.



Hati gembira, pintu terbuka
Rahmat Allah yang Maha Besar.

Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga.

(Lirik lagu kumpulan nasyid Rabbani : ahlan wa sahlan ya ramadhan )


Do & Don't ;)

Niat puasa.

Friday, July 20, 2012

Kejahatan YAHUDI!

Assalamualaikum....

Entry hari ni, saya nak share dengan korang pasal kejahatan Yahudi. 
Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum.? 


Jom saya nak dedahkan 10 daripadanya!kt share sama2.....

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

 Kandungan dalam sebatang rokok.

 
Sakit yang disebabkan oleh ketagihan merokok.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.



 
Habbatus Sauda

Hadis mengenai Habbatus Sauda.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.


4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

Lambang Mcdonald di Israel.

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.


6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya. KEJAMNYA ISRAEL!!
Masjid Al-Aqsa


7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi...

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi.




9) Pelajar-pelajar di sekolah Israel dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.


10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!




Sunday, July 15, 2012

Ciri Wanita Idaman Lelaki

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :


1. Berpegang Kepada Agama

~ Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

~ Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
~ Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia

~ Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.




6. Tidak Mempamer Keseksian
~ Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
~ Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

~ Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.


9. Sejuk Mata Memandang

~ Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: – Bersopan satun

.:: – Senantiasa memaniskan wajah

.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: – Menutup aurat

.:: – Ramah dan mesra

.:: – Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta.
Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri..

~ insyaAllah ~

p/s : diambil dari penpatah..thanks ;)

Friday, July 6, 2012

Takut itu BUKAN Halangan

Assalamualaikum sekalian kawan2 saya yang beragama Islam & salam sejahtera kepada kawan2 saya yang non-muslim..

Entry kali ini saya nak tulis pasal seorang insan yang cekal mengharungi liku-liku hidup dan tak pernah putus asa walau apa jua halangan sekalipun.Insan itu bernama Muhammad Zhariff Affandi. Sebelum ini, saya tak pernah tahu pun pasal beliau. tapi lepas saya tengok 9soalan tadi di tv9,baru saya kenal siapa beliau.

Zhariff bersama ibunya, Mariatul Akmar.

He give us inspiration. Beliau insan yang cukup istimewa bagi saya kerana beliau mempunyai semangat juang yang tinggi, berdikari dan melakukan pelbagai inisiatif kemasyarakatan dengan pergerakan yang banyak bergantung kepada kakinya.

Semangat kentalnya untuk berdikari terbukti apabila memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri iaitu The Zhariff Initiative Sdn Bhd (TZI) sejak tahun 2005 dengan sokongan keluarga yang menawarkan perkhidmatan perkongsian (The Giving a Hamd with a Foot) bagi meggalakkan orang ramai memanfaatkan sepenuhnya kemampuan diri serta menjalani hidup lebih bermakna.


Beliau juga mempunyai akaun twitter dan facebook sendiri iaitu : 



Banyak artikel mengenai kebolehan dan semangat juang beliau di dalam media elektronik seperti Berita Harian, Kosmo dan internet. 

Antaranya ialah : 


Saya sungguh kagum dengannya kerana walau beliau kekurangan di mata manusia tetapi beliau tidak pernah menyerah kalah...

Andai ada salah & silap dalam artikel ini, maafkan saya ye.

P/S : NEVER SAY NEVER. NEVER GIVE UP, NEVER SURRENDER.

~ HERE WE GO ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Template by Best Web Hosting