Showing posts with label SAYANG. Show all posts
Showing posts with label SAYANG. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Always LOVE

Assalamualaikum..

Dear friends..How are you? Adoi...dah berhabuk lagi blog saya nie kan... fuhh..fuhh..sori..hehe.. Lama tak jumpa kan? Maaf, busy dengan anak-anak yang dah bertambah ramai kan =D...

Mesti korang pelik kan? Anak-anak? Macam ramai je kan? Hehehe.. Anak sorang je ;)..Tahun lepas 12 orang je, tahun ni 63 orang macam tu.. Ramai kan? Wahh.. heheh.. Alhamdulillah.. I’m happy when i’m with kids (ahli syurga jika diorang meninggal sebelum baligh)..

Sometimes, rasa macam taknak pisah dengan diorang.. Walau kadang kala marah, geram.. Tapi kejap je marahnya.. Sebab diorang buat muka comey.. Ala comey-comey..hehe.. korang mesti faham kan apa maksud cerita saya? Kan? Kan?


Takpe..takpe.. Kat bawah nie, korang boleh tengok gambar yang saya maksudkan tu.. SHINee.. Eh.. Tetiba pulak kan... hehehe.. Enjoy...


both pic.. mse besday Muiz =)..

=)



nie pulak..masa sambutan Maulidur Rasul..

This song is for you, kids.. Love u ;)


MV SHINee
Tajuk : Always Love

Sunday, November 18, 2012

Untuk Palestin, Gaza & Semua Kaum Muslimin

Assalamualaikum..

Sedihnya tengok keadaan umat2 Islam di Palestin, Gaza.. MasyaAllah.. Ayuh, sahabat.. Kita sama2 berdoa agar Israel tumpas & Islam akan menang..

ISLAM AGAMA SUCI...

ALLAHUAKBAR.. LAILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH...

ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...


~ Sedihnya ='( ~

Sunday, July 22, 2012

MARHABAN YA RAMADHAN...

ASSALAMUALAIKUM..


Salam ramadhan 1433h..bersamaan 21/07/2012...Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menyambut ramadhan kareem tahun ini.. moga kita sama2 berpuasa dengan istiqamah & jauhi segala laranganNya.... Mudah-mudahan kita sentiasa berada di jalanNya. InsyaAllah..

Ahlan wa sahlan, marhaban
ahlan wa sahlan ya ramadhan
Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun rahmat & maghfirah
bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
Berlalu sia2 saja.

Ia hadir bagai air bah
membasuh daki dunia.

Sambutlah ramadhan dengan jiwa terbuka
seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan wa sahlan, marhaban
ahlan wa sahlan ya ramadhan.



Hati gembira, pintu terbuka
Rahmat Allah yang Maha Besar.

Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga.

(Lirik lagu kumpulan nasyid Rabbani : ahlan wa sahlan ya ramadhan )


Do & Don't ;)

Niat puasa.

Wednesday, July 4, 2012

CINTA a.k.a LOVE???

Selalunya hari rabu, kebanyakan blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2 detail untuk explain gambar tersebut. 


This pic tells us everything...terlalu banyak sampai tak terungkap..masa blog ini di 'update' kan, kebanyakan mereka sudah lena dibuai mimpi.Tapi atas idea yang mencurah-curah bagai air di isi dalam baldi, maka terhasil la entry ini.

Teringat lagi pic ni..it makes me smile and when i looked this pic in different date and time, ia buat saya fikir banyak kali..* bukan sekali dua saya fikir tau..hehehe..and this pic jugak buat saya suka my tunang sekarang.. buat saya jatuh hati..kot?? entah, xtau..**malu (wink wink)

Panjang pulak celoteh saya kan?hekhek..Gambar itu dapat menceritakan segalanya ^____^...heheh 

Mood : happy + happy + happy... (tetiba plak terasa nak makan ais krim mcflurry mcd kan..hakhak)

Monday, June 25, 2012

RAGAM KEHIDUPAN...

Assalamualaikum to my dearesta friends...

Wassup yo =)...hmm...saje nak  share dengan korang...banyak sangat benda yang berlaku sepanjang bulan 5 & 6 nie..masyaAllah, hnya Allah sahaja yang tahu...sebagai manusia biasa, kita tak pernah lari dari buat salah.. kan?  tapi kita akan try toa do our best..untuk buat parents happy dengan anak-anaknya..

Lari dari tajuk pulak .sorry ^-^..yang baik terjadi, kita akan rasa sangat bersyukur..cuma bila apa yang kita rancang yang baik untuk kita tapi jadi sebaliknya, sedih tu tak tau nak bagitau macamana...Allahuakbar..  tapi bila pikir2 balik, Allah adalah perancang yang terbaik untuk kita... Kita merancang dan usaha tetapi Allah yang menentukan...

Pernah terjadi dalam saya hidup nie, suatu masa saya sedih sangat2.....rasa macam nak je akhiri hidup nie macam tu je..tapi kuasa Allah, Dia buat saya sedar...tika waktu malam, sedang orang lain tengah lena tidur, saya berdoa padaNya..tika tu, saya menangis bagai nak hilang nyawa...sedih teramat sangat...tapi Dia bagi petunjuk pada saya..Dia bagi kekuatan pada saya...syukur, saya masih lagi di jalanNya..Alhamdulillah..


Ya, memang betul saya buat silap yang paling besar dalam hidup nie...kesian my parents ='(, sanggup melayan kerenah saya yang nakal sangat ni...tapi saya bersyukur sangat kerana mereka boleh terima diri nie yang serba kekurangan ini seadanya..terasa diri ini sangat kerdil di sisiNya...Allahuakbar...

Setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya..kita sebagai manusia biasa, perlu redha atas segala yang berlaku.. Allah sentiasa ada di sisi hambaNya...Apabila Allah menguji hambaNya dengan sesuatu musibah, itu tandanya Allah masih menyayangi hambaNya...
"Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu..namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu..ampunkan dosaku terimalah taubatku..aku takut, aku berharap kepadaMu..sesungguhnya Engkau Pengampun dosa-dosa besar...


Kehilangan saudara tersayang, kematian insan akrab, kesakitan yang memedihkan, kemiskinan yang lara, kegagalan yang melunturkan, kepahitan hidup yang kelat, kekalahan yang menyebakan, kesedihan yang menyakitkan, persengketaan yang tiada kesudahan, permasalahan yang berulang  dan segala bentuk musibah yang lain.
Bebanan hidup yang memberatkan dan kesesakan hidup yang memeningkan.
“ Ya Allah, beratnya ujianmu ini. Kenapa aku diuji sebegini ?” Luahan hati kita saat itu.
Semua itu adalah sesuatu yang memeritkan dan terasa akan kepedihannya sehingga ke ulu hati yang dalam. Pernahkah anda merasai semua ini ? Kelihatan anda terdiam seketika, berhenti merenungi sehingga ke hujung nokhtah.
“ .. Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu ..”
[ Ath Thalaq 65 : 3 ]

thanks for all yang sentiasa bagi sokongan pada saya ESPECIALLY to my kaklong, kakngah, my tunang ;), my kakude, my bff hafiza sayang...MUCH THANKS...Never surrender!!!
p/s : to all my beloved saudara seislamku, kita masih punya masa untuk kembali ke jalanNya selagi umur masih ada..Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..janggan pilih jalan singkat bila dah buat salah..Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya...

~ BIAR DICACI DIHINA oleh MANUSIA asalkan DIPANDANG MULIA DI SISI ALLAH..insyaAllah  ~

Saturday, May 19, 2012

SURAT UNTUK CALON SUAMI KU....

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
                  
Khusus buat calon suami ku...

Apa khabar dirimu hari ini?adakah harimu hari ini dilalui dengan syukur kerana masih berpeluang bernafas di bumi allah ini?

Duhai calon suami ku, Tahu kah engkau Allah begitu amat mencintai diriku ini..sehingga kan Dia memberi aku peluang untuk bertaubat setelah semua kesilapan yang aku lakukan..Disini, aku dibesarkan oleh kedua orang tua ku,supaya apabila aku dewasa kelak aku lebih bijak untuk mengharungi segala dugaan yang bakal Allah berikan dan bersiap untuk mendampingimu wahai calon suami ku..Meski pun terkadang aku tersasar dari landasan yang sepatutnya aku tempuhi, namum aku masih berpeluang untuk kembali ke landasan yang tepat..Namun, setelah apa yang aku tempuhi, aku merasakan diri aku lebih baik dari dahulu..

Duhai calon pemilik tulang rusukku, aku akan segara hadir dan dampingi dirimu pada malam itu dan ku tunggu sehingga lafaz IJAB terucap dari bibirmu itu..Aku akan menjaga diri ku seadanya, dan aku akan berhijab dengan sempurna walaupun dahulunya aku cuma berhijab mengikut arus kemodenan fesyen..InsyaAllah...

Monday, April 23, 2012

MY E-DAY...

Assalamualaikum to all my frens yg setia...

Lat weekend, 14/04/2012 was my engagement day with my sayang, Mohd Nasir Abdullah. Yeah, memg xsmua my friends tau about my e-day cz buat majlis kecik je..sori friends =)...

Hanya family saya, kawan rapat saya & family dia je yang hadir hari tu...

Sungguh pantas masa berlalu & now i've become his tunang..haha..

Sunday, March 11, 2012

~ SAHABAT SELAMANYA..~


~ Dia insan yg sntiasa brsamaku di wktu sng atau susah…walau apa keadaanku skalipun, dia sentiasa ada di sisi selagi kudratnya masih ada dan andai dia ada kelapangan.
~ Dia, insan yg ku knali sjak ku berada di tingkatan 4. Walau daku agak janggal sedikit di sekolah yang bercmpur dengn lelaki, tapi dengn adanya dia,lama kelamaan daku tidak hairan dengn keadaan itu…
~ Apabila ingin study utk SPM, kmi study sama2… walau xslalu tpi daku hepi. Krana punya SAHABAT & KAWAN seperti dia.. Ape je, boleh share sama2 dgn dia.. walau hal yg mungkin bt org bosan tpi dia dgr je tnpa mrungut =)…wlau hal yg ssh mcamne pn tpi dia ade je di cc…
~ Ya…Dia SAHABAT ku….Dia Nor Hafiza Bt Mohd Yassin (sori if slh eja ;)),insan yg daku syg… Walau kmi jauh di mata tpi dia slalu dekat di hati…
~ Sukar utk ku mncari SAHABAT sepertinya wlau b’kwn seabad lamanya =)… 
                                                                                           Fiza & me =)

~ HERE WE GO ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Template by Best Web Hosting