Thursday, October 31, 2013

WALIMATUL URUS Rabi'atul & Nasir


Assalamualaikum..

Hye semua.. As I promised, nak buat entry pasal my wedding.. Kan2? Hehehe.. entry kali ni mungkin agak panjang..Agak la. Hehe.. Harap korang get ready nak baca.. 

Well, on my wedding.. Sy plan nak buat warna hijau macam hijau turqoise tu..Tapi atas pilihan adik yang cukup cantik warnanya dan dia pandai recommend, so I choose kuning biru.. Actually, susah nak cari butik yang ada baju pengantin warna tu.. If nak, kena request and tambah $$$.. Huhuhu

Majlis dibuat depan rumah.

So, survey punya survey sampai ke Kepala Batas nun di sana, I decide to choose butik that near to my house.Takde la dekat sangat pun sebenarnya, it just take time around 5-10 min je nak ke sana.. Hehehe.. After dah decide nak warna tu, kena pulak pikir nak cari bridesmaid on my wedding..Huhu..Its hard to find =(..But luckily my cousin sudi untuk jadi my bridesmaid..huhuhu..Thanks, sayang ;)..

Then, around pukul 10 pagi, saya& cousin a.k.a pengapit pergi ke butik untuk mekap..saya mintak untuk mekap yang simple tapi cantik..lepas pengantin2 lain yang ada majlis hari tu siap dimekapkan, its my turn..agak neves la..Bukan apa,pikir nak sanding nanti.. hehehe

 This is my beloved family..Thanks a lot for your support..Really appreciate it =')..

Pic kat atas tu diambil before saya sampai..Walau majlis dibuat pada 11.8 iaitu bersamaan dengan raya ke-4 tapi ramai yang datang.. Thanks you olls ;)..

This is niece, anak kaklong.

Around pukul 1 pm, saya dah siap dimekapkan n terus g rest house yang kezen sewa..Tumpang stay situ jap, taknak balik umah dulu coz nanti if tetamu dah nampak, tak surprise pulak kan..hehe.. Dalam pukul 1.30 lepas tu, kol suami n tanya dia di mana sebab parents dah kol tanya bila nak datang.. Suami kata family n dia nak solat dulu supaya nanti tak kelam-kabut..

Then, pukul 1.50pm (dah agak lewat masa tu sebenarnya), suami bagitau dia dah sampai around my house..Then, kami pun bertolak ke rumah coz jarak antara rest house n rumah dalam 2 min je =).. Bila nampak je rombongan lelaki dah sampai, rasa tak sabar pulak nak pergi salam suami..

 Mana 1 kakak, mana 1 adik? hehe ;)

Well,time ni tak sabar nak jumpa suami coz masa mekap lain-lain..If suami awal-awal nampak saya mekap, tak surprise la kan..hehehe..

Design baju nie sebenarnya kainnya meleret ke tanah..So, if nak jalan kena pegang kain belakang tu supaya tak kotor n terkoyak..But i love the design coz ada beads kecik2 tu warna biru turqoise =)..

Bergambar dulu before berarak...Say ''CHEESE'' =D..

Nothing much to say...Tak pe..Korang layan gambar k ;)..

Maaf lambat updated...




Letak pic nie sebab warna cantik =)


suka pic nie..



This is our bilik..nice..isn't it?;)

 THEY are my schoolmate..THANKS for coming.. <3 u all..

His friends..

 His Parents..

;)

 My Father's relatives..

&

Last but NOT least..


CREDIT to : Anakseni Photography

Thanks to pada yang sudi hadir ke majlis ni..

Pic ni hanya sekadar perkongsian,bukan untuk tujuan riak...

 Ada 3 perkara yang Rasulullah s.a.w melarang dilambatkan;
1.Mengerjakan solat
2.Mengebumikan jenazah
3.Mengahwinkan anak perempuan apabila sudah dipinang oleh lelaki yang sekufu

~Tazkirah Tanyalah Ustaz (TV9)~






Thursday, October 17, 2013

DOA Seorang Isteri

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Ya Allah..

Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,Kau berikanlah aku kekuatan mental,Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..


Ya Allah..

Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..

Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu.Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,Sekiranya aku ingkar dan derhaka,Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..

Ya Allah..

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,Aku buta tanpa bimbingan Mu,Aku cacat tanpa hidayah Mu,Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah..

Kuatkan hati dan semangatku,Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..

Hanya pada Mu, Ya Allah..Ku pohon segala harapan,Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,Kerana aku sedar hinanya aku,Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..

Ya Allah Tuhanku..

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,Isteri yang solehah,Isteri yang sentiasa dihati suamiku..

Aamiin, Ya Rabbi Allamin..


P/S : Sy berhutang entry " My Wedding Day "

Saturday, September 21, 2013

Our Wedding Day 11 August 2013

Assalamualaikum..


Teaser..

Tunggu eh ;)...

Monday, September 9, 2013

SOLEMNiZATION DAY

Assalamualaikum..

How r u guys? Salam Aidilfitri... Esok genap sebulan saya menjadi seorang isteri.. Family, kawan2 selalu tanya.. Best tak kawen? So, saya jawab la, mestilah best.. Seronok... Ada teman tidur, sahabat yang sentiasa di sisi waktu senang atau susah =)..

Kadang-kadang telefon ibu.. 1 hari tu dalam 2 kali jugak la..hikhik..

Ibu : Eh..telefon lagi? Rindu la tu..
Saya : Mana ada.. telefon sebab nak sembang ngan adik =) (sedangkan rindu..hehehe)

Sekarang dah berdua..Ibu jangan risau ye.. Sedih pun ada yang sudi dengar..hehehe.. Kalau sakit pun, ada yang tolong jaga..

Back to the story :

Tunang : setahun selepas persetujuan.. Kami bertunang april 2012..  Jika diikutkan, nak bertunang kejap je.. Ye la kan..Tunang lama-lama ni banyak dugaan.. So, lepas berbincang, kami bersepakat untuk bernikah bulan Ogos 2013..

Oleh itu,
bermulalah menghitung hari.. Macam-macam dugaan yang kami  tempuhi.. Hanya Allah lebih mengetahui.. Bagi seorang B2B, pelbagai persiapan yang harus diambil kira.. Pelamin, baju nikah, baju sanding, tema warna, photographer, dj dan macam2 lagi.. Pening jugak la.. Kalau boleh, taknak susahkan parents. So, banyak persiapan yang saya buat dengan suami..

Tapi, nak dikira..Kebanyakan ibu saya yang prepare semuanya..
Saya hanya tunggu nak jadi pengantin je..hakhak...

Ok,ok...
Penat membaca kisah kan?So, kita tengok gambar pulak ye ;)


Yang nie masa disoal oleh Tok Imam.. Dia tanye samada betul ke nak kawen dengan pujaan hati nie.. Maca2 soalannya tapi saya jawab dengan cool je (padahal dalam hati bergetar je kan)... hahaha

Lepas tu, Ustaz nie tanya pulak dekat suami.. macam2 soalan sampai kita pun dah risau.. Tertanya2 bila nak akad nie..hehehe

Masa nie pulak sangat2 gementar.. Tak sabar tunggu waktunya.. Tu yang masing2 muka stress je.. =)

Yang meng'akad'kan adalah ayah saya..Ada macam Yoo Jae Suk tak? hehehe.. tiba2 rindu pulak kat abah ='(..

Saat diijab kabulkan...

Alhamdulillah ;)



 Sesi sign perjanjian..


oppsss..gambar masih sama walaupun dh di'rotate'.. huhuhu

Mas Kawin =)

Our rings <3..

Yang nie, kawan2 suami...

His parents ;)

both of my parents =D..

Yang nie, kak long with her husband..
Muka kami sama ke?hmm..

These are my family...

My photographer : Azlan Photography 

Last but not least.. Thanks pada semua yang sudi hadi masa nikah hari tu, 10/8/2013 iaitu lepas isya'..
Maaf seandainya ada kekurangan.. mana tau tak dilayan ke masa majlis.. kan2? huhuhu..
I'm happy ;)...
Yang baik itu daripada Allah, yang buruk tu daripada saya sendiri..

P/S : Maaf..entry pendek.. Idea kurang..hehehe

NEXT ENTRY: MY WEDDING DAY

Tuesday, August 6, 2013

Masih belum terlewat

Assalamualaikum..

Sedih rasanya bila Ramadhan hampir berlalu pergi..huhuhu... Moga diberi peluang olehNya sekali lagi untuk menyambut Ramadhan di tahun akan datang..

Ramadhan Kareem.. Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.. Masya Allah.. Allahuakbar.. Beratnya rasa hati ini untuk lepaskan Ramadhan pergi.. Sayu, pilu..huhuhu..



Terima kasih, Ya Allah.. kerana bagi kesempatan untuk kami berada dalam bulan Ramadhan..


~ HERE WE GO ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Template by Best Web Hosting